Monday, April 30, 2012

IN CASE U DIDNT KNOW : BERSIH


Tuntutan Bersih  :1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor

BERSIH bukan hanya untuk pembangkang, BERSIH adalah tuntutan keadilan dalam pilihan raya. Keadilan ini bukan sahaja untuk kerajaan atau pun pembangkang tetapi untuk semua rakyat supaya pilihan raya dilakukan dengan cara adil and semua rakyat puas hati terima keputusan pilihan raya. Ini pendapat aku okey ? terserah kalau nak sokong ke tak sebab semua orang ada pendapat masing-2. Apa yang aku tahu tugas kita sebagai hamba Allah adalah mencari pemimpin yang benar-2 ikhlas kerana Allah , kerana jika ada pemimpin yang berjuang kerana nafsu, negara yang dipimpin akan hilang keberkatan. Undang-2 islam nak campak mana ye kalau kita suka keamanan lebih dari menjalankan undang-2 ALLAH ? salah satu cara nak perjuangkan undang-2 Allah adalah dgn menukar pemimpin yang tak mahu tunduk dengan firman Allah bukan ? Rasulullah dan tentera baginda dulu lagi teruk bermandi darah untuk menegakkan agama. Apalah sangat dengan darah orang-2 melayu yang mencari keamanan tapi melekehkan undang-2 Allah atas bumi Allah ini ? FIKIR FIKIR.. aku bukan nak tuduh  melulu... di bawah pentadbiran BN sekarang ni dapat lihat sendiri fitnah memfitnah dah jadi budaya mereka , rasuah , maksiat . Kalau betul kerajaan sekarang the best, ikut undang2 islam. kenapa diorang tolak untuk menjalankan hukum Allah , HUDUD ? bukan fitnah okey , ada bukti ex-PM kita, 
MAHATHIR :" Kita harus tahu, apa dia hukum hudud neh. Yang pertama nya hukum hudud neh dibentuk oleh ahli2 fekah, dia tidak terdapat dalam Alquran. Dalam Alquran ada hukum2 yang tidaklah begitu keras seperti hukum hudud ciptaan ahli2 fekah. Sebab tue apabila kita nak laksanakan sesuatu kita harus rujuk kepada Alquran. Kerana itulah punca kepada asas kepada agama kita. Dan kalau kita baca Alquran dalam bahasa yang kita faham, kalau kita baca dalam bahasa arab mungkin kita tak faham. 

Walaupun bunyinya sedap tapi kita tak faham. Dalam bahasa kita sendiri kalau kita kaji, baca dalam Alquran terdapat sekurang2nya 43 ayat yang menekankan apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Dalam islam yang utama bukan hukuman itu, bukan pun saksi yang empat itu tetapi hukuman yang adil.

Kita hidup dalam masyarakat yang berbilang agama. Ada pendapat yang disuarakan oleh pihak yang nak melaksanakan hukum hudud di malaysia, mereka berkata bahawa hukum hudud neh akan dikenakan kepada orang islam sahaja. Orang bukan islam tidak akan dikenakan hukum hudud.

Apa akan terjadi apabila seorang orang islam dan seorang bukan islam melakukan satu jenayah mencuri seumpamanya. Apabila kita hukum mereka, yang islam kita potong tangan yang bukan islam kita masuk dalam jail selama dua bulan. Kalau kita tanya kepada diri kita, apakah ini adil? Adil kah orang islam putus tangan, orang bukan islam masuk jail dua bulan lepas tue keluar bebas? Adil kah?

Kalau jawapan nya tidak adil, dia bukan islam. Dalam islam hukuman mesti adil. Kalau kita dapati kes rogol umpamanya.. sebenarnya dalam surah An-Nisa takde hukuman yang disebutkan apa yang dipanggil sebagai hukum hudud. 

Apabila seseorang wanita yang dirogol dia kenal betul2 siapa yang merogolnya, tetapi dia tidak dapat mengadakan 4 orang saksi yang bebas daripada dosa besar untuk memberitahu kepada mahkamah bahawa dia dirogol oleh si polan si polan. Oleh kerana dia tidak mempunyai 4 orang saksi, apabila dia membuat tuduhan, maka tuduhan neh di anggap sebagainya ciptaan nya yang sendiri. Dan untuk ini dia akan disebat 80kali.

Kemudian perempuan neh hamil dan melahirkan anak maka dia akan dituduh telah berzina. Dan hukuman bagi orang yang berzina, ini tiada dalam Alquran tetapi orang, ahli fekah kata hukuman bagi orang yang berzina ialah rejam dengan batu sampai mati. Adil kah? Mangsa rogol dibunuh, perogol disebat semata2 kerana takde 4 orang saksi. Ini semua ditambah tokok kepada agama kita.

Sebab tue kita sanggup membelakangkang ajaran Alquran dan mengutamakan hukum yang amat berat neh. Kerana kita berpendapat kalau hukuman itu berat, maka kita [tidak jelas] sendiri islam [atau insaf ** tak jelas]. Tidak benar. Dalam buku Alquran, kita baca Alquran dalam bahasa yang kita boleh faham kita akan dapati beberapa kali disebut apabila kamu menghukum hukumlah dengan adil. 

Yang pertama ialah adil. Bukan soal saksi, bukan soal hukum hukuman yang berat tetapi keadilan. Sebab tue mereka yang membuat cadangan yang nak melaksanakan hukum hudud mereka sebenarnya bukan bercakap berkenaan pasal hukum islam tetapi ini ialah ciptaan mereka sendiri. Dan kita tidak dapat terima. TK.  -Mahathir- " ni link youtube http://youtu.be/h0oDU4FkClE

orang macam ni yang rakyat malaysia agung-2 kan ? Hudud ialah ciptaan Allah swt. Ia bukan ciptaan ahli fekah. Ia direct datang dari Allah swt. Maksudnya apa? Maksudnya jenis2 hukuman yang terdapat dalam teks hukuman hudud ialah sesuatu yang datang dari Allah swt.

Ulama2 hebat telah sedaya upaya memperincikan kandungan Alquran dalam bentuk teks yang senang kita faham dan hadam. Kenapa nak bagi kita mudah faham? Supaya kita boleh serap ilmu dan faedah menerusinya. Apa yang Allah swt beri, semua nya bersebab. Samada kita tahu atau tidak tahu. 

next PM kita sekarang, budaya fitnah . ANWAR meliwat ?? logik tak orang yang dah tua bangka, badan pun dah tak kuat meliwat saiful yang punya sihat, muda ? kalau betul lah anwar yang buat, korang ada fikir tak ? kenapa saiful tak sepak je anwar ? nampak tak permainan kotor pencacai umno ni ? then fitanah seterusnya, anwar ada hubungan dgn pelacur di sebuah bilik hotel. hey kata dah liwat saiful (gay) then takkan ada hati dengan perempuan ? ada korang fikir fitnah-fitnah logik ni ? . soal BRIM :) ramai sangka tu duit kerajaan, itu duit kita ok ? duit mak ayah kita, duit korang semua. yang korang beli barang ada tax, bayar tol, minyak , harga barang naik. soal harga minyak, barang naik pernah tak korang fikir ? rakyat ramai lagi yang hidup susah kat luar sana tu, tapi isteri pm kita sebok belanja mewah . ?

kerajaan yang menghalalkan maksiat , bukti mengapa TOTO di beri lesen.. bukankah itu judi ? setiap agama melarang berjudi. kalau betul kerajaan sekarang menjalankan undang2 Islam, kenapa club2 masih berleluasa ? 
kalau betul pm kita adalah pemimpin yang bercirikan pemimpin islam kenapa isteri dia berpakaian sedemikian ? jika isteri pun tak dapat nak dibentuk apatah lagi rakyatnya..

Terpulanglah pada rakyat malaysia , kalau nak terus sokong kerajaan yang zalim, yang menghalalkan maksiat, yang tak mahu jalankan undang2 Allah. Dalam Quran dah mengingatkan kita...

Surah Al-Ahzab..

[66] Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.

[67] Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.

[68] “Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!”


Thursday, April 26, 2012

* there are no goodbyes for us, wherever you are , you will always be in my heart *


take care shaff , makan banyak-2 . always miss you ;) yeeerr akau ingat topi tu. nanti aku bagi haha.