Saturday, December 31, 2011

sakaratul maut :/

bismillah ,
assalamualaikum 
kali ni nak post pasal sakaratul maut,
normal semua manusia n even makhluk Allah akan mghadapi saat2 ni
pernah x korang terfikir saat maut datang menerpa? saat malaikat maut dtg nak pisah nyawa antara roh dan jasad korang ?
saat korang tgh enjoy dgn kenikmatan, tipu muslihat dunia ?
atau ada y lupa tentang kematian y merupakan gerbang akhirat,
sudah cukup amal ibadat korang ?
aku xcakap diri aku ni cukup sempurna sebab aku lg teruk dri mereka y di luar sana,
just mengajak kite semua ke jalan y lebih diredhai Allah,
sebagai umat Islam sudah mnjadi kewajipan kita utk mengingatkan 1 sama lain n berdakwah slagi kita mampu
dunia ni pun xlama dah lagi , 
sementara je, yg penting kita kene tahu hidup kita kt sini hanya singgah je , 
hidup di akhirat nanti selama-lamanya
ape salahnya jika kita patuh pada Allah n Nabi Muhammad spnjg hidup kita y tak berapa lama ni
sebab kita akan terima ganjaran y lebih hebat ketika hidup kita y kekal abadi di akhirat kelak :)
kan ? 

Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati ALLAH SWT, 
Mengapa lidah kelu disaat kematian? tetapi kematian itu pasti 
menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. 
Cuba kita amati...

Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata 

apa-apa... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang 
menahan kesakitan 'sakaratul maut'. 

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan 
kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." 

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan 
berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. 

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. 

Banyak fadhilatnya. 

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan 
diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas 
sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya 
ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal 
hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah 
"Lailahaillallah..." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan 
kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya 
menjanjikan syurga untuk mereka. 

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada 
Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik 
lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 
"Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. 

Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.." 

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A..; 

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya: 
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia. 
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu. 
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia... 

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya: 
1) Jujur dalam berkata-kata. 
2) Menjauhi segala yg haram. 
3) Merendahkan diri. 

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya: 
1) Merahsiakan ibadahnya. 
2) Merahsiakan sedekahnya. 
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya. 

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya: 
1) Takut berlaku dusta dan keji. 
2) Menjauhi kejahatan. 
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. 

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya: 
1) Mengawasi dirinya. 
2) Menghisab dirinya. 
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t. 

Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak 
derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 
minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya 
waktu itu untuk pertandingan bola sepak. 

Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir 
dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya. 

Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui 
e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah 
seringkali berfikir 2 atau 3 kali. 

OLEH ITU JANGAN BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI 
KELUCUAN TERSEBUT, INSYA'ALLAH. 

jom sama2 motivasi diri sendiri , sy tulis ni pun nak ingatkan diri y rasa terlalu jauh dah tersimpang 
hurmm
bawah ni aku dapat dari sumone's blog
bacalah agar dapat dijadikan iktibar
wasalam:

"Orang yang bijak ialah mereka yang bersiap sedia dengan amalan-amalan kebajikan bagi mengumpulkan perbekalan sebelum meninggalkan dunia ini dalam menuju alam akhirat. Mereka inilah yang berpandangan jauh ke hadapan dalam memikirkan apa kesudahan yang bakal dihadapi nanti. Sedangkan orang yang
jahil ialah orang-orang yang tertutup matanya daripada melihat kesudahan yang akan datang serta dilengahkan oleh kesenangan dan kelalaian, sehingga tidak dapat mengingati atau memikirkan kematiannya, sekalipun ia mengingatinya namun bukan dengan hati yang lapang, tetapi dengan perasaan yang dibius dengan nafsu kesenangan dan kelazatan kerana ingatan terhadap kematian itu tidak sampai menembusi jiwanya.

Lantaran itu persiapan paling awal mesti dibuat oleh setiap manusia yang bernyawa iaitu mengingati mati. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : Perbanyakkanlah mengingat-ingat perkara-perkara yang menghapuskan kelazatan (maut). Sebahagian ulama berkata : ``Sesiapa yang banyak mengingati mati,
maka ia akan mengutamakan tiga perkara iaitu segera bertaubat, berhati tenang dan rajin beribadah. Manakala sesiapa yang melupakan mati, ia akan menderita tiga perkara iaitu menunda-nunda taubat, tidak rela hidup sederhana dan malas beribadah.

Perbuatan-perbuatan yang dapat menolong seseorang untuk mengingati detik kematian dan beramal untuk hari kemudian, di antaranya ialah menziarahi tanah perkuburan, memandikan mayat dan menyembahyangkan jenazah. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w. daripada Abu Dzar yang bermaksud :
Ziarahilah kubur kerana ia dapat mengingatkanmu kepada akhirat. Mandikanlah mayat
kerana mengurus jasad orang mati merupakan nasihat yang mendalam dan sembahyangkanlah jenazah kerana mudah-mudahan dapat meruntuhkan (menyedihkan) hatimu, kerana orang yang bersedih di bawah naungan Allah bererti menghadapi segala kebajikan.

Di dalam satu hadis Aisyah pernah bertanya Rasulullah s.a.w. : ``Wahai Rasulullah, adakah akan dihimpun sesuatu golongan bersama-sama dengan para syuhada?'' Jawab baginda Ya, iaitu sesiapa yang mengingati mati 20 kali sehari semalam.

Sesungguhnya hikmah daripada mengingati mati adalah supaya manusia sentiasa mengenangkan kehidupan yang kekal suatu hari nanti, persediaan menuju akhirat, penghapus dosa dan sebagai satu wasilah bagi mewujudkan perasaan zuhud dalam diri manusia. Malah Rasulullah sendiri telah menyatakan bahawa sekiranya manusia mengetahui selok belok perihal kematian, sudah pasti mereka akan kurangkan ketawa dan memperbanyakkan tangisan.

Secara normalnya, mati itu datang dengan terlebih dahulu diberi tanda-tanda sebagai peringatan, seperti sakit atau tua. Apabila usia melewati umur 45 tahun, alamat demi alamat dikirimkan untuk menyedarkan seseorang akan penamat usianya.

Tanda-tanda awal hampirnya kematian ialah mata mulai kabur, rambut mulai putih, giginya telah gugur, tenaga menjadi semakin lemah dan sebagainya. Umur umat Nabi Muhammad s.a.w. adalah sekitar 60 tahun merujuk kepada umur Baginda sendiri. Rasulullah telah menyatakan di dalam sabdanya yang bermaksud : Allah menangguhkan akhir ajal seseorang hingga sampai 60 tahun.

Ibnu Bathal berkata, usia 60 tahun menjadi batas akhir ajal seseorang kerana dalam usia itu dianggap waktu paling dekat menuju medan pertarungan (maut) dan pada usia itu nampak seseorang itu lebih pasrah, lebih khusyuk dan penuh harap. Hal seperti ini tidak lain adalah kerana kemurahan Allah terhadap hamba-Nya yang telah dibekali dengan ilmu pengetahuan, agama dan hidayah-Nya.

Tanda-tanda kematian juga dapat dilihat melalui suatu kelainan pada diri  manusia. Maksud kelainan itu termasuklah melakukan sesuatu perbuatan yang tidak pernah dilakukan sebelumnya selama hayatnya atau situasinya yang betul-betul luar biasa atau tingkah laku yang aneh pada pandangan orang lain.

 


Apabila ditimpa kesakitan, segala macam ubat tidak mampu menyembuhkannya, kadang-kadang membawa kepada tidak sedarkan diri seolah-olah tidak bernyawa. Ini menunjukkan saat-saat kematian itu semakin hampir.

 
Pada saat yang telah ditentukan, datanglah Malaikat Maut yang ditugaskan oleh Allah untuk mencabut nyawa. Firman Allah s.w.t. maksudnya : Katakanlah, akan diambil nyawa kamu oleh Malaikat Maut yang ditugaskan buat kamu, kemudian kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan. (As-Sajdah :11).

Menurut keterangan hadis, orang yang baik akan diambil rohnya oleh Malaikat Rahmat, manakala yang jahat akan dicabut nyawanya oleh Malaikat Azab.

Perhatikan firman-firman Allah s.w.t. yang maksudnya: Alangkah hebatnya sekiranya engkau melihat orang-orang zalim itu dalam sakaratul maut, sementara malaikat menghulur tangan-tangan mereka sambil berkata, keluarkanlah nyawa-nyawa kamu, pada hari inilah kamu akan dibalas dengan azab yang pedih. (Al-Ana`am : 93 )

Dan alangkah hebatnya kalau engkau melihat tatkala malaikat mematikan
orang-orang kafir sambil memukul muka-muka mereka dan punggung-punggung mereka dan berkata, rasakanlah seksaan yang membakar ini. (Al-Anfal : 50)

Orang yang dimatikan oleh malaikat dalam keadaan baik, malaikat akan berkata kepada mereka, kesejahteraan ke atas kamu dan masuklah ke dalam syurga dengan amal yang telah kamu kerjakan. (An-Nahl: 32 )

Sesungguhnya orang-orang yang berkata : Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap lurus, nescaya turun atas mereka malaikat yang berkata : Bahawasanya janganlah kamu takut dan janganlah kamu berdukacita dan bergembiralah dengan syurga yang pernah dijanjikan kepada kamu. (Fussilat: 30)

Semasa roh dikeluarkan dari jasad, kesakitannya adalah sama seperti badan yang dicincang dengan pedang yang tajam sebanyak 300 kali. Begitulah antara lain keterangan daripada riwayat-riwayat hadis.

Ada riwayat yang menyatakan bahawa Nabi Idris sewaktu hayatnya, pernah meminta kepada Allah agar Malaikat Maut mencabut nyawanya untuk seketika, tetapi bukan untuk mati terus, sekadar untuk mencuba rasa sakitnya. Setelah diizinkan Allah, maka Malaikat Maut pun mencabut nyawa Nabi Idris. Setelah rohnya dikembalikan seperti biasa, Nabi Idris memarahi Malaikat Maut kerana kesakitan cabutan nyawa tersebut, jawab Malaikat Maut bahawa itu adalah cabutan yang paling baik dan perlahan.

Ini membayangkan betapa sakitnya cabutan roh oleh Malaikat Maut itu, maka tiada jalan lain bagi manusia melainkan bersungguh-sungguh melakukan amalan kebajikan seterusnya mengharapkan rahmat Allah agar dibantu dalam proses dicabut nyawanya kelak.

Bagi orang-orang mukmin, ketika nyawa mahu diambil, terdapat beberapa tanda di antara lainnya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Othman bin Affan, iaitu kedua-dua belah matanya terbeliak, dahinya berpeluh dan dua lubang hidungnya membesar. Ini bererti rahmat Allah turun kepadanya. Manakala
bagi orang-orang kafir, keadaannya berdengkur seperti orang tercekik, tubuhnya pucat dan mulutnya bertambah lebar. Ini menunjukkan seksa Allah telah turun kepadanya.

Di samping kedatangan beberapa malaikat yang memberitahu tentang terputusnya kelazatan dan kenikmatan hidup seseorang di alam dunia, iblis dan syaitan juga turut berkeliaran pada saat seseorang itu dalam keadaan nazak. Ini merupakan tempoh akhir yang paling genting bagi mereka untuk menghasut
dan memperdaya manusia supaya tergelincir imannya, seterusnya menjadi calon pengisi neraka seperti keseluruhan keturunan mereka.

Mereka mengelilinginya dengan menyerupai wajah orang-orang terdahulu yang amat disayangi oleh manusia tadi dan dengan bertopengkan wajah-wajah itu, mereka membisikkan supaya jangan mempercayai Allah, Rasul, kitab al-Quran dan hari kiamat atau dengan kata lain merayu supaya meninggalkan Islam.

Hanya orang yang kuat imannya serta mengekalkan solat dan puasa Ramadan tidak akan termakan hasutan iblis syaitan sehinggalah roh itu dicabut dari jasad mereka

Pada saat kematian semakin hampir, maka ketika itulah disarankan kepada orang yang hadir mengajar pesakit dengan ucapan La ilaha illallah (mentalqinkan mayat). Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w. : Talqinkan La ilaha illallah kepada orang-orang yang hendak mati di kalangan kamu.

Ucapan ini jika disebut pada akhir hayat seseorang amatlah berharga
nilainya, sehingga dijelaskan oleh baginda s.a.w. akan diberi balasan
memasuki syurga."



my family THE BANGANGERZZ

Take care my friend
i miss laughing w u
talking w u
sharing the moments tht makes being w u so special
bcause there is sumting
all wrong w a day wen u're not here
sumting is missing wen within
myself i listen 4 your laugh and 
watch ure face in a crowd
bcoz i cant help thinking
how lonely it is without you
n how nice it would b to hv u here
but most of all
tc my friend 
bcause u matter to me :')
iloveyou ,


and 
imissthem badlyyy :'(










they mean the world to me n i'll never stop loving them 'cause they hv given me i can never repay n if we meet again somehow, i'll love them then as now ' cause they mean the world to me :')
love u guyss 
tc















Friday, December 30, 2011

2011 in memories :')

bismillah n assalamualaikum :)
hari ni hari last for this year . 
tahun ni byk mengajar aku erti kehidupan selepas keluar dari dunia smawp :)
macam mana nak handle diri sndiri tanpa disuruh mcmne kt skolah lama dulu terutama skali hubungan aku dgn Allah SWT ,
sejak aq keluar dari situ aku mgaku aku byk alpa dgn nikmat dunia luar ni
harap je parents hantar skolah agama slame 4 years but tak byk pun yg sentuh hati aku,
kadang2 aq terfikir jugak ape yang aq buat ni , tapi aku cuba jugak amalkan ape y aq belajar dulu kt sana , setiap manusia buat kesilapan so sementara masih ada lagi ni kita try ubah diri kita sikit2 dulu .
tahun ni jugak aq dapat ramai kawan y baik sgt dgn aq, yg byk tolong aq susah senang :) time aq msuk skolah baru , diorang kawan aq macam aq dh lama kenal diorang , diorng byk jaga n tolong aq hehe thx guys



sumpah sayang korang sampai mati :")
thx semuaaaa sbb baik dgn meera .

then , saya jumpa kawan hidup mati saya
MYFAMILY the bangangerzzz
setiap hari pergi library kl semata mata nak study dgn diorang nih
setiap hari kita struggle gile2 belajar n gelak2 same2, minum air mesin, minum each a cup , makan lunch dkt cm n ocbc, terkinja kinja dkt dataran , mengumpat kakak guard pkl, kalo library tutup kite study berejam jam dkt kfc klcc hehe, then shopping window same2, buat library mcm rumah sndiri , mandi hujan same2 , ermm guys sumpah rindu :( 


terima kasih ya Allah kerana kau menganugerahkan aku kawan sehebat mereka semua, kau peliharalah mereka di jalanMu ya Allah agar mereka tidak sesat dengan nikmat dunia ini, berilah mereka juga kejayaan di dunia mahupun di akhirat . AMIN .

ok setiap hari tahun ni mesti aku dgr abang  aq membebel suruh aq belajar masak, n setiap hari tu jugak aq bg alasan errr busy spm hehe , tapi ntahlah dunia masak , mengemas nih semua aq x minat tak tawu kenapa tapi aq tawu aq kene belajar si aq try lahjugak kan tngok mama masak , tengok je hehe n aq memng suka buat satu rumah ni menyampah dgn perangai aq sebab bila diorng marah aq tawu diorng syang aq ,tp y pelik bile diorng marah aq pun naik hangin jugak sbb marah siket2 sudhlah haha. erm aq suka buli anep buat kan air untuk aq serious aq x reti buat air lgsung erk tapi aq reti lah jugak air teh o je . so hari ni aq cabar diri aku masak sndiri hehe, aq masak 


lala masak cili api 
 hehe , mama tukang cakap aku buat y semua dia cakap, 1st time cuci lala kann aq menjerit sbb kenapa dia hidup lagi -..-"
 ok settle masak tu aq kene masak


ikan keli masak sambal hee
lepas ni sape datang rumah aq masa mama xde, aq boleh msak dua ni jelah yg lain xreti, then air teh o je
ok ?
haha


kbye





its not too late

bismillah ,

ya Allah, ampunilah dosa2 hambamu ini 
 ya Allah, i am very weak ,eventhough i dont show any signs of falling apart
ya Allah, please give me a sign , a form of guidance , for i am not that strong
ya Allah please give me a strength to overcome wut i am facing right now 
ya Allah please help mend this dark heart of mine , bcos i wish to be in the right path
ya Allah , u the only one who knows the true nature of my problems
ya Allah u r the only one i would olweys turn to
AMIN 



Wednesday, December 28, 2011

aizal's birthday party *pizza hut ap


happy bufdey aizal happy befdey aizal !


hari ni best best best sgt sbb dapat jumpa dgn diorang :')
rindu gila heee :D
guys thanks sbb invite meera jugak hehe
kelakar bila tengok illy kira2 berbaloi x makan 2 potong rm6 
heeee :D
mula2 sedih jugak bila ahza , fana n sudeh xde :(
then mat pun xde
bilaa lagi lah boleh jumpa kan . tapi bila tengok yaso n rab ada :D OKEH FUN gilaaa then main gantung belon ngn faha n fifa , tengok illy tiup belon hee comel sgt 
haha dapat kenal dgn yani, zam n syahindah<--- betulkan ? y pakai tudung pink :)
hee diorg friendly gilee


tengok ! cute je illy tiup belon tu >.< hihi


faha, ni tuan punya cammy . cun melecun ! ily






illy yang comel, ily



auwwwch ! sweet couple ngehehe :p







rabbo ! thanks ;D hihi cuti ni seriously rindu rab :( kalo tak tiap2 hari g tuisyen dgn diaa tapi dh cuti nie susah nak nmpak btg hidung rab :( rinduuu rab , ily


yey! ni haaaaaaaa muka kekenyangann !




fifa, ilyou ! heeee 






act tadi main boling kan, then si omar ni cakap masa dlm bus fuyoo meera top 6 main boling -..-
kejadah kau perli aq , tawu laaa aq dapat last haha
oh sbnrnya aq xtawula asal aq beng-ong sgt tadi terus amik bola boling then strike pulak tu , baru nak bangga rupenye aq mainkan turn akeef -,- heeeeeeeeeeee then aq y main teruk mase turn sndri
haha tapi xpelah even x brape nak bebaloi main tadi but dpt enjoy ngn diorng pon boleh lah haha :D

to : FARHAH, RABBO, ILLY , FIFA, TASHA ,YANI, ZAM, SYAHINDAH , AIZAL, OMAR, YASO and ADUT ... iloveyou guys and sntiasa rindu korng :')
thanks for todayyyy !
thanks sgt, untung aq dapat kawan mcm korng :)
 to: MAT, AHZA , SUDEH N FANA !
rindu korg jugak take care :)


SAYANG KORANG SANGAT2 !







Tuesday, December 27, 2011

Monday, December 26, 2011


salam:)
ni dapat dari blog farhahfirhat ,
heee (Y) !


Sunday, December 25, 2011

credit to ONAIRAS :')

me : toink toink toink =.=' kbye.
him: kau kan dah ada kawan2 kau, aku ni sape je en. tak payah la text aku lagi
me: ok
him: fine !

i act like i dont care but deep inside it freaking hurts  :'(
i dont really know where to start bt i think saying sorry would be an idea
i'm sorry ok, i really truly am. i screwed up,
i know i shouldnt hv said some, well most even all of the things i said,
but i know i cant take it all back bt i wish i could.
you mean a lot to me ok, more than u know
it kills me inside to know tht i hv hurt somebody tht i care about so much :(

i'm just an ordinary girl, i make mistakes, but more often than not, i learn from them :(

SORRY
SARIANO
!


BYE
take care 
hurmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.





Saturday, December 24, 2011

kim so eun :D

SALAM
heyyyyyy ! haha
kenal tak kim so eun ?
alaa yang twin i tu -.- *PUIHH
seriously she's my idol
i'm addicted to her
KIM  SO EUN 
diaa muka macam barbie doll
sumpah jeless :/







i'm so sorry


i do i miss you my dear,
SORRY .

Friday, December 23, 2011

credit to nabila huda

to my dear baby boo NABEELA HUDA
bell, meera dah ada job.
tadi PTS call , start next year 1st january 2012 
meera start kerja, n maybe next year comic meera publish
i'm so sorry bella
ayah meera suruh kerja situ sorry tak dapat kerja dengan bella kt kino :(
sorry sangat2
nanti meera g tengok bella kerja keyh ? 
take care bell
i love you taww
sorrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrry
i'm really sorry
sorry sangat2
.................................


p/s : meera dapat royalty dari publisher $___$
weeeeeeeeha!


bell, *tengok bawah






december 23, 2011

salam:)
hari nie happy sangat2 :D WEEE
sbb dapat D.A.T.E
dengan diaaa :) tettt haha
kitorang g main bowling dkt ts , makan , and diaaaa bagi saya rantai :D
thanks awak ,
belanja semua harini :) *jimat duit 
hehe
then, dalam pukul 1 dia balik sbb nak g solat n i pun dah janji dgn shafiq,
nak teman diaaa shopping
yeayyy ! dapat jumpa shafiq
excited bkn main lgy :)
k sampai dkt sg wang around 1.30 pm
but shaff janji nak jumpa pukul 3-____-
bukan main bosan lagi so i jalan2 jalan2 pusing dlm cotton on je punngg
haha
sale gilaa2 punya lah
but i bwk rm60 je today
so xleh nak shopping sgt nty x balik pulak :)
so frust menonggeng jugakk
-____________________-
then teman shaff shopping , sump-ah kalah girls
2 jam pusing sg, wang... 1 helai baju
3jam pusing sg wang , sepasang kasut
memang x tcabut kaki uhhh -..- haha
then, teman shaff makan , aq keluarkan buku tatabahasa bella . haha n ape y kitorg buat gelak2 baca ayat bella
but time tu sumpah dlm kepala ada THE BANGANGERZZZ je :/
nvm, then shaff try bju 5 pasang dkt 1 kedai ni, but dia x beli pun .  memang kedai tu utk try je kannn ? haaha
kakak tu pun bukan mainn bengang lagi, then 1 jam pusing shaff msuk kedai y sama n try lagi , but dia x beli jugak hahahahhah. kesian gilaa akak tu :p
around 630 kitorg balik, tak sesakk uhh sesak gilaaa
heh, hari ni dapat jumpa 2 guy, yg most important :) hee awak n shaff :)
tapi shaff lagi penting kot , sebab dia my mama i . tettt
dapat tengok muka shaff pun jadilaahhh :)
sebab rindu gilaaa kat dia sangat2 .
shaf, thanks 4 today .. pakai baju tu taww! pakaii ! 
i'm dead serious u looks so handsome masa dkt fitting room tadi (Y)
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
n awak thx jugak thx bg rantai , errr cantik sangat
haha
ni bawah ni gmbr i dgn shafff :)




cuba korang tengok betol2 teropong betol2, ada oarang cakap muka kitorang sama -.-
sama eh ?


muhammad shafiq
17 tahun
model magazine YEZZ -..-
haha

i love him bcause 
dia mama saya
dia kawan saya
dia abang saya
n the most important is he always make me laugh
:D
thanks 4 everything shaff
bye